Ketika
ditawarkan memasuki sekolah berasrama penuh, hati Zaliah sudah berbunga
bunga. Seronoknya tidak dapat diluahkan dengan kata kata. Sudah lama
dia menyimpan hasrat untuk memasuki asrama dan belajar berdikari si
rantau orang.
Hari pertama masuk ke sekolah tersebut, Zaliah berasa tidak sedap hati. Pertama
kali dalam hidupnya terasa demikian, namun dia tidak mengendahkannya.
Mungkin kerana terlalu seronok, ujar Zaliah didalam hati. Matanya
meligas memandang bangunan asrama yang kelihatan agak usang. Menurut
teman temannya, sekolah itu dibina dikawasan bekas markas tentera
jepun. Pelbagai kisah misteri pernah dikaitkan dengan sekolah tersebut
membuatkan Zaliah seram sejuk.
Suatu malam ketika semua penghuni asrama telah lama diulit mimpi,
secara tiba tiba Zaliah dikejutkan dengan suara orang berkawat dipadang
sekolah. Dia cuba untuk melelapkan mata, namun suara itu terlalu kuat
hingga menggangu tidurnya. Sambil memejamkan mata, Zaliah membebel
bebel tidak puas hati, mengharapkan suara itu senyap. Tapi suara itu
tidak juga berhenti.
Sambil mengosok gosok mata, Zaliah lantas bangun menuju tingkap yang
menghala ke padang sekolah. "Siapalah yang pagi pagi buta dah berkawad
ni?" getusnya geram. Dengan perlahan dia membuka cermin tingkap.
Matanya yang layu terkebil kebil memerhatikan suasana padang yang
lengang. Eh, suara bukan main kuat. Tapi mana orangnya? Desis Zaliah
didalam hati. Puas dia mencari, namun hampa belaka.
Suasana dingin tiba tiba mencengkam malam. Zaliah mula merasa seram.
Fikirannya mencari cari alasan logik dari mana datangnya suara itu,
namun dia buntu. Angin malam yang tiba tiba menderu ke arahnya
membuatkan Zaliah kalut. Dengan pantas jemarinya segera menutup tingkap
dihadapannya.
Bila diamati suara itu, Zaliah dapat mendengar bait bait ayat yang
dituturkan. Namun dia gagal memahaminya kerana ia tidak dlam bahasa
melayu mehupun inggeris, sebalinya bahasa jepun! Tidak menunggu lama,
Zaliah bergegas ke katilnya. Sambil berselebung, dia cuba untuk
melelapkan mata.
Apa yang menghairankannya, tidak ada seorang pun diantara rakan rakannya yang terjaga. Walhal suara itu begitu kuat. Malisa,
Wati, Amnah, semuanya seolah olah telah dipukau. Belum sempat tidur
lena, tiba tiba tidurnya diganggu sekali lagi. Kedengaran jelas
dicuping telinganya bunyi orang berjalan diluar dorm sambil mengheret
rantai besi, seolah olah mangsa tahanan yang telah dirantai kaki.
Hati Zaliah mula berdebar debar. Fikirannya mula menerawang
teringatkan kata kata orang tentang sekolah itu. Sekolah yang bertapak
di kawasan bekas markas jepun itu dikatakan telah banyak kali 'memakan'
mangsa, namun Zaliah tidak mengendahkan kata kata mereka kerana
terlalu ingin memasuki sekolah berasrama penuh.
BElum hilang debaran yang mencengkam dadanya, tiba tiba Zaliah
merasakan bunyi tapak kaki itu berhenti dihadapan pintu dormnya.
Serentak itu kedengaran pintu dorm dibuka orang. Jelas diruang mata
Zailah sesusuk tubuh besar setinggi pintu dorm berdiri dihadapan pintu.
Tubuh Zaliah menggigil menahan rasa takut. Hampir hampir dia terjerit
tatkala sesusuk tubuh itu malengkah masuk ke dorm sambil megheret rantai
besi dikakinya.
Sambil berselubung, Zaliah dapat melihat rupa lembaga itu yang sungguh
mengerikan. Matanya terjojol keluar, kulit tubuhnya yang
terkoyak disana sini dan baunya yang cukup hanyir membuatkan Zaliah
hampir termuntah. Namun dia cuba bertahan. Mulutnya terkumat kamit
membaca ayat ayat suci al Quran dengan harapan lembaga itu tidak akan
mengapa apa kannya.
Semakin lama sesusuk tubuh yang berpakaian tentera inggeris lama itu
semakin hampir dengan katilnya. Serta merta bau busuk mula menyusuk
hidung. Hatinya tambah berdebar apabila melihat lembaga itu cuba
menyentuh Malisa yang tidur disebelahnya. Dia cuba untuk bersuara untuk
megejutkan temannya itu, namun suaranya seolah olah tersekat
dikerongkong.
Zaliah menjadi benar benar tidak berdaya. Badannya terasa lemah
longlai.. Syurlah ketika itu hatinya masih dapat membaca ayat ayat
al-Quran. Berkali kali lembaga itu cuba menyentuh Malisa, namun tidak
berjaya hinggahlah akhirnya ia hilang begitu saja. Manakala Zaliah pula
tiba tiba pengsan tidak sedarkan diri.
Keesokan paginya, kecoh satu sekolah apabila Zaliah tidak sedar dari
tidur. Dia terus dikajarkan kehospital untuk mendapatkan rawatan.
Zaliah begaimanapun telah sedarkan diri lewat petang itu dan dibawa
pulang ke kampung untuk berubat secara tradisional.



0 komentar:
Posting Komentar